Next Program

Recent Post

Thursday, 5 February 2015
Ramah Mesra bersama Nazim Shah Alam

Ramah Mesra bersama Nazim Shah Alam

Assalamualaikum Ibu Bapa dan adik-adik Nazim.

InsyaAllah, Nazim Shah Alam kembali dengan Program terbaru dan terkini iaitu Program ber"Ramah Mesra bersama Nazim". Progam ini akan berlansung seperti maklumat berikut:

Tarikh: 15 Feb 2015,
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi - 12.00 tengahari.
Tempat: Tadika Tunas Bestari, Sek 18 Shah Alam
Hubungi: Saudari Izatul - 013.918.5758 & Nur Adila: 013.466.7808

Penyertaan kali ini dibuka untuk ibu bapa dan adik-adik Nazim dengan Slot khas daripada Dr. Syarifah, MO Hosp Serdang tentang Psikologi dan Perkembangan Anak-Anak.

Ibu bapa boleh rujuk banner yang dipaparkan dibawah untuk keterangan lebih lanjut atau hubungi pengurus program seperti yang tertera untuk penyertaan.

Dijemput hadir bagi memeriahkan lagi program Kita kali ini...  :- )



Saturday, 31 January 2015
Kem Lepasan UPSR (KLU)

Kem Lepasan UPSR (KLU)

Assalamualaikum.para IBU bapa sekalian..macamana dengan aktiviti anak2 musim cuti Sekolah sudah di rancang atau belum?


Moh kita berikan pendedahan pada anak2 kita tentang Alam Remaja Dan pengurusan diri apabila akhil baligh..almaklum lah..dunia anak2 kita sudah semakin mencabar..kita kene persiapkan mereka dengan pelbagai ilmu...Menarik bukan!! Murah saja..hanya rm 100 sahaja utk anak ahli NAZIM..

Kepada yang bukan ahli NAZIM..boleh juga utk dptkan bayaran rm 100.. Tp bagaimana caranya...

Hah! Apalagi...daftar terus anak anda sebagai ahli NAZIM Dan anak anda akan mendapat yuran penyertaan hanya RM 100 SAHAJA..


Hanya berikan maklumat tersebut kpd AJK kami melalui telefon atau fb kami:
Nama anak
Umur
Alamat rumah
Sekolah
Nama IBU/ bapa..
Tuesday, 3 June 2014
Nazim Zon Utara 1 Menjuari Keseluruhan Festival NAZIM 2014

Nazim Zon Utara 1 Menjuari Keseluruhan Festival NAZIM 2014


SHAH ALAM, 31 Mei – Pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan dari Zon Utara 1 berbaloi apabila berjaya menggondol gelaran Johan Keseluruhan di Festival Kebangsaan Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) 2014.

Menurut Ketua NAZIM Ipoh Ustazah Rosnah Khamis juga merangkap Ketua Pasukan Zon Utara 1, mereka terpaksa mengorbankan masa rehat cuti sekolah dengan melakukan latihan intensif berturut-turut.

Anak-anak yang berasal dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Sri Iskandar ini juga terpaksa ‘berkampung’ di rumahnya bagi memudahkan sesi latihan.

Di samping itu, beliau juga perlu berhadapan dengan kesukaran mengumpulkan anak-anak ini disebabkan sekolah yang berlainan. Pada masa yang sama, beliau merasa gembira dan berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan.

“Sangat seronok dan bersyukur berkat segala usaha dapat menang Johan Keseluruhan,” luahnya kepada wartawan ISMAweb. Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa yang turut memberikan sokongan sepanjang tempoh latihan yang dilakukan.

Selain menjuarai acara keseluruhan, Sri Iskandar, Kuala Kangsar dan Ipoh turut memenangi acara johan bagi acara coral speaking lelaki terbuka, hafazan perempuan tahap 2 , lelaki tahap 1 dan bercerita perempuan.

Pada festival yang dirasmikan oleh Ustazah Norlida Kamarudin, Pengerusi Biro Keluarga dan Wanita (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebanyak lima acara yang dipertandingkan seperti coral speaking, bercerita, hafazan, pidato dan nasyid.

Disediakan oleh: Nursabihah Mohtar
Media Luar Puji Penganjuran Festival NAZIM

Media Luar Puji Penganjuran Festival NAZIM

Shah Alam, 31 Mei “Saya teruja melihat Kelab NAZIM ini mencungkil bakat-bakat dan potensi di kalangan kanak-kanak seawal usia 7 tahun”, ujar Cik Fatini Daud, wartawan dari majalah ASUH yang hadir untuk membuat liputan di Festival NAZIM Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Sukan Seksyen 11 Shah Alam.

Beliau yang pertama kali hadir ke program NAZIM ini berasa gembira dan teruja melihat kanak-kank ini sedari kecil telah dilatih untuk menghafal Al-Quran dan berpidato.

Beliau berharap agar program yang dilakukan oleh Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dapat diteruskan dan dikembangkan lagi pada masa depan.

Di samping itu, pengunjung yang hadir turut memberikan respons positif terhadap program yang dijalankan.

Arifuddin bin Abdullah, 22 tahun, seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyatakan bahawa kanak-kanak suka akan hiburan dan cara yang digunakan dalam program NAZIM ini sangat bagus untuk pembangunan rohani dalam melahirkan individu mantap.

“Program sebegini patut diadakan untuk kanak-kanak supaya kita boleh melihat sisi akademik dan bakat kanak-kanak ini disamping boleh menjadi platform penonjolkan bakat kanak-kanak tersebut” katanya lagi.

Dia juga menyarankan agar program-program sebegini lebih kerap diadakan bukan sahaja oleh badan kerajaan tetapi mana-mana organisasi yang berkaitan.

Puan Ramzalinda Abdul Rahman, yang merupakan salah seorang pengunjung di program ini juga menyatakan perasaan seronoknya terhadap program ini.

“Sangat seronok apabila dapat balik dan menyertai acara seperti ini”, luah Puan Ramzalinda yang sebelum ini menetap di Australia bersama suaminya, Dr. Zaki Ibrahim.

Puan Ramzalinda yang merupakan ibu kepada salah seorang peserta hafazan turut merasakan program sebegini merupakan satu pendedahan yang baik bagi kanak-kanak di samping menjadi platform menonjolkan bakat mereka.

Oleh: Mohd Haziqq bin Mohd Isa
Breaking News
Loading...
Copyright © 2013 Nazim Shah Alam All Right Reserved