Ada Apa dengan Kelab Nazim...?
Setiap ibu bapa mengimpikan anak2 yang soleh dan solehah. Namun untuk membentuk shaksiah anak-anak yang mantap , pendidikan merupakan asas yang amat penting dan ianya juga merupakan amanah yang perlu dijaga.
Maka ibubapa perlu lah peka terhadap aktiviti sosial anak-anak mereka. Antaranya adalah dengan memastikan anak-anak sentiasa bersama-sama rakan-rakan yang baik dan sentiasa terisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang positif.
Justeru itu kami memperkenalkan KELAB ANAK-ANAK HEBAT NAZIM CAWANGAN SHAH ALAM. Kelab ini menjalankan aktiviti -aktiviti untuk membantu anak-anak membina jati diri dan shaksiah yang murni dan seimbang.
AKTIVITI OUTDOOR:
- Motivasi
- Rehlah /Picnic
- Explorace
- Kembara
- Kem Jati Diri
- Karnival Sukan
AKTIVITI INDOOR:
- Smart Aulad Circle (SAC)
- Nasyid
- Hafazan
- Pidato
- Dikir Barat
- Bercerita
" Kami Anak-anak NAZIM..BERIMAN! BIJAK! BERANI ! CERGAS!!"

0 comments:
Post a Comment