Next Program

Recent Post

Tuesday, 3 June 2014
Nazim Zon Utara 1 Menjuari Keseluruhan Festival NAZIM 2014

Nazim Zon Utara 1 Menjuari Keseluruhan Festival NAZIM 2014


SHAH ALAM, 31 Mei – Pengorbanan yang dilakukan oleh pasukan dari Zon Utara 1 berbaloi apabila berjaya menggondol gelaran Johan Keseluruhan di Festival Kebangsaan Kelab Anak-anak Hebat (NAZIM) 2014.

Menurut Ketua NAZIM Ipoh Ustazah Rosnah Khamis juga merangkap Ketua Pasukan Zon Utara 1, mereka terpaksa mengorbankan masa rehat cuti sekolah dengan melakukan latihan intensif berturut-turut.

Anak-anak yang berasal dari Ipoh, Kuala Kangsar dan Sri Iskandar ini juga terpaksa ‘berkampung’ di rumahnya bagi memudahkan sesi latihan.

Di samping itu, beliau juga perlu berhadapan dengan kesukaran mengumpulkan anak-anak ini disebabkan sekolah yang berlainan. Pada masa yang sama, beliau merasa gembira dan berbaloi dengan pengorbanan yang dilakukan.

“Sangat seronok dan bersyukur berkat segala usaha dapat menang Johan Keseluruhan,” luahnya kepada wartawan ISMAweb. Beliau turut berterima kasih kepada ibu bapa yang turut memberikan sokongan sepanjang tempoh latihan yang dilakukan.

Selain menjuarai acara keseluruhan, Sri Iskandar, Kuala Kangsar dan Ipoh turut memenangi acara johan bagi acara coral speaking lelaki terbuka, hafazan perempuan tahap 2 , lelaki tahap 1 dan bercerita perempuan.

Pada festival yang dirasmikan oleh Ustazah Norlida Kamarudin, Pengerusi Biro Keluarga dan Wanita (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), sebanyak lima acara yang dipertandingkan seperti coral speaking, bercerita, hafazan, pidato dan nasyid.

Disediakan oleh: Nursabihah Mohtar
Media Luar Puji Penganjuran Festival NAZIM

Media Luar Puji Penganjuran Festival NAZIM

Shah Alam, 31 Mei “Saya teruja melihat Kelab NAZIM ini mencungkil bakat-bakat dan potensi di kalangan kanak-kanak seawal usia 7 tahun”, ujar Cik Fatini Daud, wartawan dari majalah ASUH yang hadir untuk membuat liputan di Festival NAZIM Kebangsaan yang diadakan di Sekolah Sukan Seksyen 11 Shah Alam.

Beliau yang pertama kali hadir ke program NAZIM ini berasa gembira dan teruja melihat kanak-kank ini sedari kecil telah dilatih untuk menghafal Al-Quran dan berpidato.

Beliau berharap agar program yang dilakukan oleh Biro Keluarga dan Masyarakat (BKM) Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) dapat diteruskan dan dikembangkan lagi pada masa depan.

Di samping itu, pengunjung yang hadir turut memberikan respons positif terhadap program yang dijalankan.

Arifuddin bin Abdullah, 22 tahun, seorang penuntut di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam menyatakan bahawa kanak-kanak suka akan hiburan dan cara yang digunakan dalam program NAZIM ini sangat bagus untuk pembangunan rohani dalam melahirkan individu mantap.

“Program sebegini patut diadakan untuk kanak-kanak supaya kita boleh melihat sisi akademik dan bakat kanak-kanak ini disamping boleh menjadi platform penonjolkan bakat kanak-kanak tersebut” katanya lagi.

Dia juga menyarankan agar program-program sebegini lebih kerap diadakan bukan sahaja oleh badan kerajaan tetapi mana-mana organisasi yang berkaitan.

Puan Ramzalinda Abdul Rahman, yang merupakan salah seorang pengunjung di program ini juga menyatakan perasaan seronoknya terhadap program ini.

“Sangat seronok apabila dapat balik dan menyertai acara seperti ini”, luah Puan Ramzalinda yang sebelum ini menetap di Australia bersama suaminya, Dr. Zaki Ibrahim.

Puan Ramzalinda yang merupakan ibu kepada salah seorang peserta hafazan turut merasakan program sebegini merupakan satu pendedahan yang baik bagi kanak-kanak di samping menjadi platform menonjolkan bakat mereka.

Oleh: Mohd Haziqq bin Mohd Isa
Tuesday, 11 March 2014
NAZIM: Nadi Al-Azim Shah Alam

NAZIM: Nadi Al-Azim Shah Alam

PENGENALAN
Anak-anak adalah amanah Allah yang sangat berharga. Kehadirannya menceriakan pasangan yang berumahtangga. Ibu bapa dari awal lagi telah mempersiapkan segala keperluan anak-anak samada material atau spiritual.

NAZIM (Nadi Al Azim) atau Kelab Anak-anak Hebat adalah satu kelas yang dianggotai oleh kanak-kanak lelaki dan perempuan. Kanak-kanak lelaki diadaptasikan daripada karektor seekor anak singa yang lincah lagi cerdik.

Manakala kanak-kanak perempuan pula diadaptasikan daripada kuntuman bunga-bunga jasmin yang mewangikan seluruh taman serta menyenangkan mata yang memandang.

VISI
Melahirkan generasi pelapis untuk mendoking dakwah Islam

MISI
Membina syahsiah anak-anak yang seimbang merangkumi jasmani, emosi, rohani dan intelek

OBJEKTIF
1) Memupuk perasaan cintakan Allah, Rasul dan Ibu bapa
2) Membentuk sifat berani dan berketerampilan
3) Melatih kemahiran bersosial
4) Melahirkan anak-anak yang menghormati dan mendokong fikrah Islam secara syumul
5) Membentuk jati diri seimbang sebagai seorang muslim
6) Menjadikan NAZIM sebagai institusi pendidikan

PROGRAM
Kraftangan
Huffaz Cilik
Karnivak Sukan NAZIM
Karnival Kesenian Islam NAZIM
Kem & Riadah
Pengurusan Diri

HUBUNGI KAMI (SHAH ALAM)
Saturday, 8 March 2014
Lawatan ke Muzium Coklat, Damansara.

Lawatan ke Muzium Coklat, Damansara.

Assalamulaikum.... 
Kali ini NAZIM Shah Alam akan membawakan kepada Anak-Anak Anda aktiviti terbaru iaitu Melawat ke Muzium Coklat yang bertempat di Taman Sains, Selangor 1, Kota Damansara, Selangor. Lawatan ini akan diadakan pada tarikh 16.03.2014 iaitu pada hari Ahad.

Yuran Penyertaan Aktiviti: Yuran Penyertaan bagi Seorang kanak-kanak adalah sebanyak RM15.00/Seorang. Pembayaran ini meliputi kos Makanan Sarapan Ringan Pagi, Makanan Tengah hari dan Kos Pengankutan.

Jumlah Penyertaan: Terdapat seramai 40 penyertaan dibuka kepada Kanak-Kanak yang ingin menyertainya. 

Objektif: Diantara objectif utama adalah mendedahkan Kanak2 tentang sejarah terhasilnya Coklat dan pembuatan Coklat yang terdapat di dalam dan luar negara.



Program Smart Aulad Play (SAP) di Taman Botani, Putrajaya

Program Smart Aulad Play (SAP) di Taman Botani, Putrajaya

Pada 1 March 2014 yang lalu Nazim Shah Alam telah melansungkan program Smart Aulad Play (sap) di Taman Botani, Putrajaya. Terdapan hampir 40++ perserta kanak-kanak dari seluruh Shah Alam telah menyertai program ini yang berkonsepkan "BADAN SIHAT OTAK CERDAS".























Friday, 7 March 2014
Ada Apa dengan Kelab Nazim...?

Ada Apa dengan Kelab Nazim...?


Setiap ibu bapa mengimpikan anak2 yang soleh dan solehah. Namun untuk membentuk shaksiah anak-anak yang mantap , pendidikan merupakan asas yang amat penting dan ianya juga merupakan amanah yang perlu dijaga.

Maka ibubapa perlu lah peka terhadap aktiviti sosial anak-anak mereka. Antaranya adalah dengan memastikan anak-anak sentiasa bersama-sama rakan-rakan yang baik dan sentiasa terisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang positif.

Justeru itu kami memperkenalkan KELAB ANAK-ANAK HEBAT NAZIM CAWANGAN SHAH ALAM. Kelab ini menjalankan aktiviti -aktiviti untuk membantu anak-anak membina jati diri dan shaksiah yang murni dan seimbang.

AKTIVITI OUTDOOR:
  • Motivasi
  • Rehlah /Picnic
  • Explorace
  • Kembara
  • Kem Jati Diri
  • Karnival Sukan

AKTIVITI INDOOR:
  • Smart Aulad Circle (SAC)
  • Nasyid
  • Hafazan 
  • Pidato
  • Dikir Barat 
  • Bercerita
" Kami Anak-anak NAZIM..BERIMAN! BIJAK! BERANI ! CERGAS!!"
Breaking News
Loading...
Copyright © 2013 Nazim Shah Alam All Right Reserved